fbpx

Kalang Tie sebak jumpa budak cari kerja sara bapa sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan di Instagram Joseph Kalang Tie.

PETALING JAYA – ‘Bang, saya sudah lama tidak sekolah, saya tidak mampu hendak sekolah, ayah tengah sakit tenat di rumah kawan’.

Demikian jawapan seorang remaja lelaki dikenali sebagai Danish, 14, yang terpaksa melupakan hasratnya untuk bersekolah setelah bapanya tidak mampu untuk bekerja selepas ditimpa sakit tenat.

Menerusi perkongsian di media sosial pemain bola sepak Kuching City, Joseph Kalang Tie, yang terserempak dengan remaja terbabit ketika sedang melakukan ‘morning walk’ (senaman pagi) bersama kawan sepasukan sekitar Kuching itu.

Lebih menyayat hati apabila Danish yang merupakan anak tunggal, juga telah kehilangan ibunya ketika berusia lapan tahun dan terpaksa keluar untuk mencari rezeki.

Apabila ditanya tentang mengapa dirinya merayau-rayau di tengah kota sendirian tatkala remaja lain sedang sibuk dengan alam persekolahan, Danish memberitahu bahawa dirinya sedang mencari kerja untuk menampung kehidupan.

“Saya jalan-jalan bang, jalan-jalan cari kerja apa yang patut dan harap ada orang sudi beri kerja (serta tidak tahu hendak tuju ke mana),” ujarnya.

Bekas pemain kebangsaan Malaysia itu turut memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat remaja yang berasal daripada Terengganu itu.

“Danish jangan sesekali putus asa dalam hidup, kerana percaya lah rezeki itu luas kalau betul dengan niat, usaha keras dan nilai murni kamu untuk membantu ayah.

“Percayalah, Danish jadilah orang baik dan pasti rezeki kamu murah dik. Jangan hanyut dengan kehidupan yang tidak baik sebab ibu kamu sentiasa bersama kamu,” katanya kepada remaja lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI