fbpx

Ibu rayu bantu anak cari penawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norzilah (kanan) menunjukkan keadaan kulit anaknya yang bermasalah ketika ditemui di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang pelajar pe­rempuan gelisah apabila bukan sahaja terpaksa ‘hidup’ bersama penyakit kulit yang dihidapinya, malah dia perlu berdepan dengan masalah itu sehingga ke hari tua jika tidak bertemu penawar­nya.

Nursyifa Athirah Mohd. Redzuan, 17, dari Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas di sini menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu selepas kulitnya mengelupas, gatal-gatal dan bersisik.

Ibunya, Norzilah Abu Bakar, 40, berkata, penyakit yang dikenali sebagai psiorasih itu menyebabkan anaknya tidak boleh terdedah pada cuaca panas dan berpeluh.

Katanya, ketika penyakit itu mula dikesan, anaknya kerap demam panjang antara dua minggu sehingga sebulan.

“Anak saya terpaksa bawa kipas kecil ketika berada di dalam kelas di Sekolah Menengah Pekan Nanas kerana tidak tahan panas. Dia juga tidak terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah.

“Nursyifa Athirah juga perlu berjumpa pakar kulit di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru setiap dua minggu. Ketika ini, keseluruhan badan termasuk tangan dan kakinya gatal-gatal dan kemerahan selain terdapat kerak pada kepalanya,” katanya.

Menurut Norzilah, anak­nya juga perlu mengehadkan pengambilan makanan laut, da­ging dan ayam kerana penyakit itu selain terkejut de­ngan perubahan pada anaknya kerana dia kelihatan normal sejak lahir.

“Kami tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk rawatan ke­rana pendapatan suami, Mohd. Fairuz Khairudin, 40, sebagai pekerja kilang antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan tidak mencukupi,” katanya.

Ujar Norzilah, dia ada membawa anaknya berubat secara tradisional tetapi belum menampakkan tanda-tanda untuk pulih.

“Kami sudah beli makanan tambahan dan ubat sapu tetapi keadaannya tetap seperti itu,” katanya.

Menurut Norzilah, apa yang membuatkan dia sedih apabila dimaklumkan penyakit anaknya itu akan kekal sampai ke tua.

“Penyakit itu juga menyebabkan dia perlahan dalam pelajarannya dan akan menjejaskan persiapan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini,” kata­nya.

Orang ramai yang boleh ­menghubungi Norzilah di talian 019-739 1814 atau hulurkan sumbangan melalui akan Maybank miliknya di 151025797099.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI