fbpx

Euro 2024: Itali puas tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Itali meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati untuk bertemu Switzerland awal pagi Ahad nanti. - AFP

LEIPZIG – Pengendali Itali, Luciano Spalletti mengakui puas dapat menutup mulut pengkritik selepas membantu pasukannya mara ke pusingan 16 terbaik saingan Euro 2024 apabila seri 1-1 bertemu Croatia pada aksi terakhir Kumpulan B awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Azzurri di ambang penyingkiran awal selepas ketinggalan 0-1 tetapi berjaya mempamerkan kebangkitan dramatik hasil ledakan penyamaan Mattia Zaccagni sebelum wisel penamat ditiupkan.

Keputusan tersebut membolehkan juara bertahan itu muncul naib juara Kumpulan B dan dijadualkan bertemu Switzerland pada aksi kalah mati awal pagi Ahad nanti.

“Saya tidak faham kenapa semua orang mahu melihat pasukan Itali tersingkir awal pada kempen Euro kali ini. Namun, saya tidak pernah gentar kerana tahu dengan kualiti yang ada pada saya dan barisan pemain.

“Sudah tentu mewakili nama Itali memberikan tekanan tersendiri tetapi saya langsung tidak risau dan saya anggap kita memang layak untuk lolos ke peringkat seterusnya,” kata bekas pengendali Napoli itu.

Sementara itu, Zaccagni yang dimasukkan sebagai pemain gantian mengakui tidak jangka muncul wira untuk membantu pasukan melangkah ke pusingan seterusnya menerusi gol cantik pada masa kecederaan.

“Selepas gol tersebut menerjah jaring, banyak perkara yang bermain di fikiran saya dengan seribu satu perasaan. Malah, saya tidak perasan itu adalah rembatan terakhir sebelum wisel penamat dan saya meraikan dengan rakan sepasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI