fbpx

Euro 2024: England mara selaku juara Kumpulan C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK tengah England, Declan Rice (kanan) cuba merebut bola daripada penyerang Slovenia, Benjamin Sesko (kiri) pada aksi terakhir Kumpulan C yang berakhir seri tanpa jaringan, sebentar tadi. - AFP

 

COLOGNE – England mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Euro 2024 selaku juara Kumpulan C selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Slovenia di Stadium Cologne, sebentar tadi.

Bagaimanapun, satu mata itu sudah memadai buat Slovenia untuk mengiringi The Three Lions dan Denmark, mara selaku salah satu daripada empat pasukan ketiga terbaik.

PEMAIN Slovenia meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat kalah mati kejohanan utama buat kali pertama. – AFP

Terdahulu, seperti yang diramalkan England memulakan perlawanan dengan baik apabila menguasai sebahagian besar permainan hingga memaksa Slovenia ‘berkampung’ di kawasan sendiri untuk melaksanakan tugasan bertahan.

Minit ke-20, Bukayo Saka menggegar gawang Slovenia namun jaringan itu dibatalkan selepas Phil Foden yang melakukan umpanan terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offside.

Selepas aksi memasuki minit ke-35, Slovenia dilihat makin berani untuk melakukan gerakan dan penjaga golnya, Jan Oblak menjadi pemain paling menyerlah kerana tangkas menafikan beberapa percubaan bahaya The Three Lions.

Kemasukkan Kobbie Mainoo terus menghadirkan impak kepada bahagian tengah England yang berjaya meningkatkan penguasaan permainan di babak kedua namun Slovenia terus berdisiplin untuk kekal tersusun setiap kali berdepan serangan lawan.

Kemasukkan Cole Palmer menyaksikan pengendali England, Gareth Southgate melakukan perubahan taktikal apabila bintang Chelsea itu diberikan peranan di sebelah kanan dan menolak Foden ke bahagian tengah di belakang Harry Kane.

Bagaimanapun, perubahan dan penguasaan menyeluruh England belum menjamin sebarang hasil apabila kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

PEMAIN Denmark meraikan kejayaan pasukan layak ke pusingan 16 terbaik Euro 2024 selaku naib juara Kumpulan C selepas seri tanpa jaringan dengan Serbia. – AFP

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan C di Munich menyaksikan Denmark juga catatkan keputusan seri ketiga, terikat tanpa jaringan dengan Serbia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI