fbpx

Euro 2024: Austria garang benam Belanda 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Austria meraikan kemenangan selepas mengatasi Belanda 3-2 di Olympiastadion, Berlin. -AFP

BERLIN – Austria membuktikan mereka adalah pencabar yang harus digeruni dalam Kejohanan Euro 2024 selepas melangkah ke pusingan kalah mati dengan bergaya sejurus mengatasi Belanda menerusi kemenangan 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan D, sebentar tadi.

Kapten pasukan Austria, Marcel Sabitzer diangkat wira buat pasukan selepas bangkit meledak gol kemenangan pada minit ke-80 untuk memastikan skuad kendalian Rafl Rangnick itu melangkah ke pusingan 16 dengan satu perlawanan yang solid untuk memburu gelaran mereka di Euro 2024.

Pada saingan tersebut, jaringan sendiri Donyell Malen memastikan Austria bermula dengan baik di separuh masa pertama hingga membuatkan Belanda terus tertekan untuk mencari gol penyamaan.

Pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer diangkat wira selepas menjelmakan gol ketiga pasukannya ketika mengatasi Belanda 3-2 di Olympiastadion, Berlin. -AFP

Belanda tidak berdiam diri apabila mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas Cody Gakpo meledak gol pada awal separuh masa kedua.

Pun begitu, gol penyamaan Belanda tidak bertahan lama selepas Romano Schmid meletakkan Austria kembali depan pada minit ke-59 dan terus selesa menguasai perlawanan tersebut.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Belanda lebih agresif dengan mengatur serangan bertali arus dan hasilnya, Memphis Depay berjaya mencuri gol penyamaan 2-2 pada minit ke-75 hingga dan menyaksikan saingan itu semakin mendebarkan.

Bagaimanapun, Austria dilihat berjaya mengurangkan tekanan selepas rembatan deras Sabitzer memastikan dia berjaya mengatasi penjaga gol Belanda, Bart Verbruggen sekali gus menutup aksi Kumpulan D di tangga teratas dengan mengumpul enam mata.

Reaksi penyerang Belanda, Memphis Depay. -AFP

Austria hanya mempunyai kelebihan satu mata selepas Perancis yang sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Poland sebentar tadi. Belanda yang melakar satu seri dan satu kemenangan,berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata. Semua tiga negara itu layak ke pusingan 16 terakhir.

Sementara itu, Poland yang gagal meraih sebarang mata pada kempen kali ini mengucapkan selamat tinggal apabila menduduki tangga tercorot selepas hanya mengumpul satu mata dalam kempennya musim 2024 ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI