fbpx

Empangan Muda, Bukit Merah masih di paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Dua empangan di utara Semenanjung iaitu Empangan Muda, Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak diancam krisis kekurangan bekalan air apabila baki simpanan air mentah kedua-duanya berada di paras bahaya.

Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua empangan tersebut mencatatkan bacaan di bawah paras bahaya, iaitu kurang daripada 29.99 peratus dengan bacaan Empangan Muda (20.89) dan Empangan Bukit Merah (20.18).

“Empat lagi empangan berada pada paras amaran dengan bacaan masing direkodkan, Empangan Malut, Kedah (33.30), Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang (41.50), Empangan Timah Tasoh, Perlis (43.23) dan Empangan Pedu, Kedah (52.66),” katanya.

Selain itu, menurut Nadma, dua lembangan sungai di Semenanjung turut merekodkan ramalan kejadian kemarau.

“Pada 19 dan 24 Jun 2024, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi dua lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Muda, Kedah dan Lembangan Sungai Kelantan, Kelantan,” ujarnya.

Seterusnya, bagi penyakit berkaitan cuaca panas, berlaku pertambahan satu kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 103 kes berbanding 102 kes pada 15 Jun.

“Tiada kes kematian terbaru dilaporkan, kes kematian kekal dengan lima kes terdahulu membabitkan empat orang lelaki dewasa berusia diantara 22 hingga 31 tahun dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun,” kata Nadma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI