fbpx

Dua penjenayah mati ditembak dalam Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 41 dan 54 tahun disahkan maut di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

Difahamkan, insiden berlaku semasa sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menemui sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Ketika diarahkan berhenti bagi tujuan pemeriksaan, suspek bertindak memecut laju sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Polis turut menemukan dua pucuk pistol serta peluru yang digunakan suspek dalam kenderaan terbabit.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tempatan itu mempunyai sekurang-kurangnya 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI