fbpx

Dua penjawat awam direman kes terima sogokan lebih RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penjawat awam ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima sogokan lebih RM700,000 sebagai dorongan untuk meluluskan projek. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Dua penjawat awam ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima sogokan lebih RM700,000 sebagai dorongan untuk meluluskan projek.

Perintah tahanan reman sehingga Selasa depan terhadap jurutera daerah dan pembantu awam masing-masing berusia 49 dan 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, kedua-dua lelaki yang bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Larut Matang Selama (LMS) itu ditahan antara pukul 7.45 hingga 7.50 malam ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak untuk memberi keterangan, semalam.

Menurut sumber, sejumlah wang tunai RM348,700 dan buku akaun terkini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berbaki RM400,000 disyaki hasil rasuah telah disita daripada jurutera berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI