fbpx

Dr Joohari mampu bawa Sungai Bakap ke arah lebih baik – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina menghadiri program Ceramah Perpaduan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap di Taman Jawi Indah malam tadi.

SEBERANG PERAI – Calon yang memiliki kredibiliti tinggi diyakini mampu memimpin kawasan Sungai Bakap ke arah kemajuan yang lebih baik.

Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata, oleh itu pengundi diseru untuk memilih calon yang berpengetahuan dan berwatak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung 6 Julai ini.

Katanya, calon PH, Dr Joohari Ariffin adalah calon terbaik dan kompeten yang dipertaruhkan malah mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

“Calon yang kita tampilkan ini bukan calang-calang. Mesej beliau yang baik, berotak (berpengetahuan) dan berwatak ini kena sampai kepada masyarakat.

“Kredibiliti yang ditonjolkan Joohari serta pengalaman urus pendidikan melebihi 30 tahun menjadi bukti beliau mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Saya sebagai Menteri Pendidikan risau, kalau calon ini terus dipertikaikan kerana kita sedang membina generasi yang benar-benar mengangkat isu pendidikan ini sebagai isu yang penting,” katanya ketika berucap pada ceramah Perpaduan di Taman Jawi Indah di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI