fbpx

Dewan Rakyat lulus RUU bubar Mavcom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang ditubuhkan lapan tahun lalu menerusi menerusi undian belah bahagian Ahli Parlimen.

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan seramai 93 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dan 66 tidak hadir.

Anthony Loke sebelum ini memaklumkan, Mavcom akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Jelas beliau, badan kawal selia industri penerbangan Malaysia dirombak dan diletakkan di bawah satu entiti untuk memangkin industri penerbangan awam selari supaya lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kata beliau, pembaharuan itu juga bertujuan mengurangkan karenah birokrasi dan mempertingkat keberkesanan serta kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan penerbangan awam.

“Dengan penggabungan Mavcom dan CAAM kelak, tiada lagi keperluan untuk mendapatkan kelulusan berasingan daripada dua agensi.

“Sebaliknya, satu entiti kerajaan akan memproses permohonan kelulusan teknikal dan pengeluaran lesen kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri penerbangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI