fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan terus bantu Kelantan isu bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bagi membantu Kelantan untuk mengurangkan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW), sebanyak RM69.18 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia diberikan secara geran kepada Kelantan di bawah Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1, merangkumi dua pakej.

“Pakej 1 melibatkan kerja-kerja penggantian meter system input volume (SIV), meter pengguna dan pemetaan Geographical Information System (GIS) untuk dapatkan bacaan NRW lebih tepat telah siap dan diserahkan kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) pada Mac 2023.

“Pakej 2 pula ialah kerja-kerja penggantian dan pembaikan tangki air yang dijangka siap pada September 2024,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tentang masalah air di Kelantan terutamanya berkenaan masalah Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water).

Bagi mengatasi kehilangan air secara fizikal disebabkan kekerapan kebocoran pada paip agihan yang lama dan uzur pula katanya, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga memberi pembiayaan berjumlah RM210 Juta kepada AKSB.

“Ia bagi melaksanakan projek penggantian paip asbestos cement (AC) sepanjang 359 kilometer secara berfasa di seluruh Kelantan,” ujarnya.

Terdahulu beliau memaklumkan, terdapat dua projek baharu dan tiga projek sambungan yang diluluskan untuk Kelantan bagi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dengan anggaran kos keseluruhan RM704.8 juta bagi mengurangkan isu bekalan air di negeri berkenaan.

“Ia melibatkan pembinaan takungan air pinggiran sungai (TAPS) di Machang, kerja-kerja pembinaan low weir di Sungai Pahi dan Sungai Jegor, kajian pembangunan sumber air Kelantan dan sewaan lori tangki serta tangki statik.

“Selaras dengan penstrukturan semula industri bekalan air, operator air bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan, penggantian dan pembaikan infrastruktur bekalan air bagi menjamin kelangsungan bekalan air berterusan kepada pengguna, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI