fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan teliti rasionalisasi subsidi petrol RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, kerajaan sedang meneliti keperluan melaksanakan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.

Kata beliau, kerajaan bagaimanapun akan memastikan golongan terkesan disebabkan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 diberi bantuan sewajarnya jika ia dilaksanakan.

“Rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 jika dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil Langkah bersesuaian memastikan golongan yang terkesan akan diberikan bantuan.

“Buat masa ini, tumpuan dan keutamaan diberi kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasaran subsidi itu menjadi stabil sekali gus mencapai objektif ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai bila subsidi bersasar akan dilaksanakan sepenuhnya.

Rafizi berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan membantu kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.

Tambah beliau, penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program dan projek yang lebih diperlukan rakyat.

Katanya, ia termasuk penambahbaikan penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI