fbpx

Cuaca cerah sebelah pagi, hujan di KL petang nanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di seluruh negara pagi ini.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat termasuk Pahang, Kuala Lumpur dan Johor.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir turut dijangka di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah, diikuti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,”katanya

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam, amaran ribut petir hanya dikeluarkan melibatkan negeri Johor di Semenanjung.

“Selain itu, ribut petir turut dijangka di Malaysi di Labuan, Pedalaman dan Pantai Barat, diikuti dengan cuaca hujan di Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.

“Di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pada sebelah malam ini,” kata MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI