fbpx

Buat tuntutan palsu RM125,000, guru besar dicekup SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan SPRM selepas disyaki membuat tuntutan palsu berhubung urusan pembekalan makanan di sebuah sekolah di Sarawak. - Foto oleh IHSAN SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang guru besar kerana disyaki membuat tuntutan palsu yang bernilai kira-kira RM125,000.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan kira-kira pukul 9.30 malam pada 24 Jun lalu di sebuah sekolah di negeri itu.

“Susulan penahanan itu, suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Bintulu semalam dan perintah reman selama enam hari hingga 30 Jun 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Galvin Loo Wei Ling.

“Siasatan awal mendapati suspek bersubahat dengan sebuah syarikat ketika membuat tuntutan palsu berkait pembekalan makanan ke asrama sebuah sekolah bernilai kira-kira RM125,000, sedangkan kuantiti bekalan tidak sama dengan jumlah sebenar yang dibekalkan,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI