fbpx

Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengusung mayat Lee Pong Ling yang ditemui di perairan Muar, petang semalam.

BATU PAHAT – Salah seorang daripada dua nelayan yang masih hilang selepas bot dinaiki ketika memukat karam dipukul ombak akibat angin kencang pada Jumaat lepas dijumpai semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata,mayat Lee Pong Ling, 68, ditemui sebuah feri ketika dalam perjalanan daripada Bengkalis, Indonesia ke jeti Muar kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke Jeti Jabatan Laut, Muar untuk dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hopital Pakar Sultanah Fatimah Muar bagi tindakan selanjutnya.

“Mangsa ditemui diperairan Muar iaitu kira-kira 25 batu nautika daripada tempat kejadian di Tanjung Segenting di Batu Pahat.

“Berikutan penemuan itu, hanya seorang lagi mangsa iaitu Raud Darus@Hamid, 53 yang masih belum ditemui dan usaha itu diteruskan melalui rondaan rutin oleh APMM,” katanya melalui kenyataan malam tadi.

Menurut Mohd Haniff lagi, operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) yang memasuki hari ke lima ditamatkan memandangkan tiada petunjuk baharu kedudukan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI