fbpx

Banjir kilat di Lebuh Wadi Ehsan, beberapa laluan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di Lebuh Wadi Ehsan berhampiran susur masuk ke Desa Pinggiran Putra-Kampung Limau Manis dinaiki air susulan hujan lebat petang tadi.

PUTRAJAYA – Hujan lebat hampir sejam di sini petang tadi menyebabkan beberapa laluan terutama di laluan Lebuh Wadi Ehsan berhampiran Desa Pinggiran Putra (DPP) dinaiki air.

Difahamkan, laluan itu kerap dinaiki air sebelum ini jika hujan lebat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kesemua laluan tiga lorong di Lebuh Wadi Ehsan terutama berhampiran susur masuk ke DPP – Kampung Limau Manis itu terpaksa ditutup untuk semua kenderaan susulan air melimpahi jalan.

Manakala, laluan bertentangan pula hanya satu lorong dibuka kepada pengguna jalan raya dari arah Putrajaya ke Dengkil.

Setakat jam 8 malam tadi, laluan itu masih ditutup susulan air lambat surut biarpun hujan sudah berhenti sejak pukul 7.15 malam tadi.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, dua buah kereta ditenggelami air di laluan itu, namun tiada maklumat lanjut mengenai nasib pemandunya.

Selain itu, hujan lebat beserta ribut bermula pukul 6 petang tadi itu turut menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang terutama di Dengkil, Cyberjaya dan Kota Warisan.

Difahamkan, insiden pokok tumbang itu turut menghempap kenderaan orang awam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI