fbpx

Aznil, Eskayvie sasar lahirkan 75,000 pelajar cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar produk kesihatan, Eskayvie menyasarkan untuk melahirkan 75,000 pelajar cemerlang terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi kempen terbaharu mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, pihaknya  sentiasa komited dalam membantu meningkatkan tahap keupayaan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

“Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam. 

“Bayangkan jika anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda dengan pengambilan nutrisi yang berkesan seperti Phosphatidylserine. 

“Ia adalah nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak akibat stres yang berlebihan,” katanya. 

Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi menemuramah Siti Firzanah Mohd Shahrul Hafiz dan Moses Tariq Huzaimi Nor, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang straight A’s dalam SPM 2023/2024.

Booster Minda, kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Eskayvie merupakan satu inisiatif hebat bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menerusi Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior.

Kempen ini menawarkan sokongan komprehensif menerusi tiga inisiatif utama iaitu yang pertama, pengambilan nutrisi yang seimbang bagi menyokong fungsi kognitif, yang kedua menyediakan sokongan pembelajaran dan yang ketiga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak yang lebih positif.

“Sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati melihat anak-anak kita struggle. Melalui inisiatif yang telah disusun oleh Eskayvie, kita akan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

“Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, kami mensasarkan untuk lahirkan 75 ribu pelajar cemerlang. Insya-Allah lebih ramai masyarakat akan didedahkan tentang kepentingan pengambilan nutrisi melalui program kesedaran, pendidikan dan seminar-seminar yang akan diadakan dari semasa ke semasa,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut produk keluaran Eskayvie dan maklumat lanjut tentang kempen terbaharu, sila layari boosterminda.com. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI