fbpx

Arif Aiman kembali ceriakan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF (kiri) berjaya mengharungi 90 minit permainan ketika menentang Sri Pahang pada Sabtu lalu. - RAJA JAAFAR ALI

PEMAIN Paling Bernilai (MVP) 2023, Arif Aiman Hanapi tidak pernah ‘tersesat’ dan kini kembali berada pada landasan tepat untuk menjulang Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai lebih banyak kejayaan dalam arena bola sepak tempatan.

Penampilan sulung dalam kesebelasan utama JDT sewaktu aksi Liga Super berdepan Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu sudah menyerlahkan bahawa pemain muda itu mula mendapat sentuhan sehingga mampu beraksi penuh 90 minit.

“Arif Aiman pertama kali beraksi selama 90 minit dan kita semua tahu sejauh mana tahap prestasi Arif. Dia merupakan pemain yang cukup bagus dan telah beraksi dengan cukup baik.

“Saya percaya untuk perlawanan yang akan datang, prestasi Arif Aiman akan sentiasa meningkat dengan baik,” kata pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio

Sebelum aksi itu, Bidoglio sudah pun memberikan peluang buat Arif beraksi selama 34 minit ketika menenang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada saingan Piala FA.

Sebelum ini, isu kecederaan dialami Arif Aiman menyaksikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon terpaksa melupakan khidmat pemain itu bagi menghadapi Kyrgyzstan dan Taiwan pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu itu bakal memberi perkhabaran positif buat JDT yang kini dijadualkan menentang Malaysian University di peringkat suku akhir Piala FA pada Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI