fbpx

Aprilia pertaruh anak murid Valentino Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI dikatakan mampu menampilkan prestasi lebih menyinar apabila menyertai Aprilia musim depan. - AFP

LONDON – Aprilia kini berwajah baharu kerana pasukan itu membawa masuk anak didik Valentino Rossi, Marco Bezzecchi untuk bergandingan bersama naib juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023, Jorge Martin musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola meletakkan kepercayaan tinggi kepada kedua-dua pelumba baharu itu biarpun sedar mereka mengambil risiko besar.

Ramai berpendapat bahawa Martin dan Bezzecchi memerlukan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri selepas beralih daripada jentera Ducati ke Aprilia.

“Saya sangat gembira kerana kami mempunyai dua pelumba berbakat besar dan masih muda yang mana saya fikir ia akan menjadikan pasukan kami benar-benar kuat.

“Tahun lepas mereka berada di tempat kedua dan ketiga dalam kejuaraan dan harapan buat mereka sudah tentu akan melakukan lebih baik dengan kami.

“Sudah pasti, pasukan berdepan risiko tetapi saya percaya dengan bakat dan pengalaman mereka sebelum ini kita perlu berani melakukan perubahan,” katanya.

Dalam masa sama, Rivola tidak menafikan bahawa Bezzecchi dilihat sedikit bergelut dengan prestasi tahun ini, tetapi apa ditunjukkannya musim lalu adalah petanda jelas dia mempunyai potensi yang sangat besar.

“Saya yakin dia mampu melakukan terbaik dan kembali berada di atas podium bersama Aprilia selepas ini kerana di atas kertas nampaknya sesuai dengan gaya tunggangannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI