fbpx

Anwar nafi dakwaan jadi ‘anak angkat’ Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin yang mengatakan pemimpin itu merupakan ‘anak angkat’ Amerika Syarikat.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak sama sekali akan melakukan perkara seperti didakwa Mohd. Zamri dalam ceramah politik pemimpin itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

“Di Sungai Bakap, saya dipanggil anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan pinjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan saya ikut nasihat Yahudi.

“Itu daripada ustaz, pakai kopiah dan jubah, tapi fitnah terang-terangan. Fakta di sebaliknya, mana mungkin saudara, saya lakukan itu semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aspresasi 2024 Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,019 penerima telah diraikan terdiri daripada lima orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 881 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 133 orang pesara tahun 2024.

Mengulas lanjut, Anwar juga menasihatkan penjawat awam untuk mengambil tahu isu semasa bagi mempertahakan kerajaan.

“Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada negara dan ia tidak akan berubah meskipun kerajaan atau pemimpin bertukar ganti.

“Justeru, penjawat awam perlu terus komited, berdedikasi, ikhlas serta memiliki integriti tinggi sewaktu menjalankan tugas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI