fbpx

792 murid Orang Asli dibantu Yayasan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis penyerahan bantuan persekolahan YBR di Dewan Sekolah Kebangsaan Pos Raya Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

PETALING JAYA – Seramai 792 pelajar Orang Asli dari empat buah sekolah di Perak menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan Kerjasama Persatuan Orang Asli Perak.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, bantuan itu diberikan kepada penerima yang layak sebagai insentif tambahan dalam menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan di sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.

Beliau berkata, sebanyak RM25,000 diperuntukkan dalam menyediakan bantuan persekolahan bagi tahun 2024 itu.

“Jumlah bantuan yang diberikan tidaklah besar namun diharap dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti.

“Semoga usaha ini dapat memberi sinar kegembiraan buat murid-murid
dalam menuntut ilmu serta tanda tulus ikhlas YBR dalam menyantuni mereka yang berada di luar kawasan bandar,” katanya di sini hari ini.

Bantuan berkenaan disampaikan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan
Sekolah Kebangsaan Pos Raya Simpang Pulai, Ipoh, Perak hari ini.

Turut hadir, Presiden Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA), Senator Bob Manolan Mohamad, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengerusi Persatuan Orang Asli Perak, Datuk TPr. Suki Mee dan Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Sementara itu, Bob Monalan turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu masyarakat Orang Asli khususnya di sekitar Perak.

“Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin untuk murid-murid orang asli merasa seronok untuk ke sekolah serta mendapat pendidikan yang sama rata sama seperti mereka yang lain.

“Bantuan YBR ini besar ertinya kepada murid-murid empat buah sekolah yang terlibat dan diharapkan insiatif ini dapat diteruskan di masa akan dating,” katanya.

Terdahulu, sehingga Jun 2024, seramai 19,240 murid serta 202 buah sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.74 juta yang melibatkan 53 lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI