fbpx

224 ‘hotspot’ warga asing seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diperiksa dalam serbuan di flat Jalan Abraham off Jalan Imbi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti sebanyak 224 kawasan “hotspot” keberadaan warga asing di negara ini bagi memudahkan tindakan pemantauan dilakukan terhadap mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dari Januari lalu hingga hari ini sebanyak 7,975 operasi telah dijalankan di kawasan “hotspot” tersebut.

“Kita periksa 76,477 warga asing dan daripada jumlah itu, yang tiada dokumen langsung 20,207, yang ini kita bawa ke depot imigresen dan kita hubungi kedutaan dan hantar balik (negara asal)

“Kita juga tahan majikan mereka. Mereka tidak akan masuk (Malaysia) kalau majikan tidak gajikan mereka. Seramai 456 majikan juga telah kita tahan.

“Hari ini depot imigresen ada 19, tetapi kapasiti sekarang sekarang ada 13,000 (warga asing), jadi bermaksud dibawah kapasiti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berhubung peningkatan pekerja asing tanpa dokumen di negara ini.

Saifuddin Nasution berkata, kerajaan turut melaksanakan program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela dan seramai 68,900 daripada 79,231 warga asing yang serah diri telah dihantar pulang ke negara asal.

Menurut beliau, warga asing terbabit namun terlebih dahulu dikehendaki membayar kompaun dikenakan dibawah akta imigresen dan empat negara paling ramai warga negara terbabit serah diri adalah Indonesia, Bangladesh, India serta Pakistan.

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang), beliau berkata, sejak Pelan Liberalisasi Visa (PLV), daripada Januari 2023 sehingga April lalu, jumlah pelancong yang memasuki negara ini adalah sebanyak 40 juta.

Jelas beliau, daripada jumlah itu 30 juta memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2 dan Johor.

Tambah beliau, pelancong China dan India kini diberi pengecualian visa selama 30 hari dan impaknya adalah pelancong dari China ke Malaysia dari Januari hingga 15 Jun lalu mencecah 950,000, manakala pelancong dari India 443,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI