fbpx

1,500 dirawat akibat strok haba dalam masa sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang lelaki yang cuba menyejukkan kepalanya di Hyderabad pada 24 Mei lalu. - Getty Images

KARACHI – Ribuan penduduk menerima rawatan di beberapa hospital akibat strok haba yang berpunca daripada cuaca panas ekstrem di seluruh Pakistan, kata pegawai kesihatan semalam seperti laporan akhbar Arab News. 

Menurut media tempatan, suhu panas melampau di bandar terbesar, Karachi menyaksikan orang ramai rebah dan tidak sedarkan diri, manakala sebahagiannya meninggal dunia. 

Suhu di Karachi, wilayah Sindh kini mencecah 47 darjah Celsius. 

Peramal cuaca berkata, gelombang haba yang bermula pada Mei dijangka reda pada minggu depan.

Sementara itu, gelombang haba selama beberapa hari itu turut mengorbankan puluhan penduduk di Karachi. Namun, jumlah kematian berkaitan strok haba belum diketahui. 

Ketua Yayasan Edhi, Faisal Edhi yang menjalankan perkhidmatan ambulans terbesar negara itu berkata, mereka menerima berpuluh-puluh mayat mangsa strok haba di Karachi kelmarin.

Pada hari tersebut sahaja, lebih 1,500 mangsa strok haba dirawat di hospital lain di bandar itu.

Sementara itu, Ketua Wad Kecemasan di Hospital Awam milik kerajaan di Karachi, Imran Sarwar Sheikh berkata semalam bahawa kira-kira 120 mangsa dirawat dan lapan daripadanya meninggal dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI