fbpx

Tidak mustahil ulang pencapaian AUG 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTINJEN negara meluahkan keyakinan barisan atlet kali ini mampu menyamai pencapaian sewaktu edisi 2022. - AUG/IPT

TIDAK ada yang mustahil untuk Malaysia mengulangi pencapaian dua tahun lalu menjelang Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia bermula esok hingga 7 Julai nanti.

Ketua kontinjen (CDM) negara ke AUG 2024, Suhairi Ismail melaungkan keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa atlet selain beberapa nama berprofil tinggi turut menggalas saingan pada edisi kali ini.

Katanya, sasaran 35 pingat emas diletakkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah realistik selepas pihaknya melakukan analisis berhubung kemampuan atlet-atlet Malaysia.

“Dari segi semangat dan motivasi, atlet-atlet kita memang berpotensi tinggi dan ia dapat dilihat ketika penyerahan Jalur Gemilang sebelum ini. Dengan persiapan yang kita buat, insya-Allah ia akan membuahkan hasil.

“Berhubung sasaran 35 pingat emas seperti sebelum ini, sebenarnya kita sudah melakukan analisis terhadap keadaan semasa. Saya yakin dan percaya kita akan berjaya, malah mungkin dapat mengulanginya (pencapaian 2022),” katanya.

Pada edisi 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand, Malaysia tampil cemerlang apabila muncul naib juara keseluruhan di belakang tuan rumah selepas merangkul 49 pingat emas, 83 perak dan 50 gangsa.

Sementara itu, beliau percaya pada saingan kali ini, Indonesia mampu menjadi pencabar terkuat bagi menghalang hasrat Malaysia bergelar juara keseluruhan dari segi pungutan pingat.

“AUG sama seperti Sukan SEA apabila tuan rumah menentukan jenis sukan dipertandingkan. Oleh itu, sudah tentu tuan rumah ada kelebihan untuk memastikan juara keseluruhan menjadi milik mereka.

“Kali ini kita hadir dengan sasaran kelompok tiga teratas dan saya yakin boleh capai sasaran itu. Berdasarkan motivasi atlet, kita juga mungkin boleh melepasinya (sasaran),” ujar Suhari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI