fbpx

Program khas tiada SPM layak jadi pengajar institut memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberi pengecualian kepada pemohon yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) bermula 1 Julai ini bagi menjadi pengajar bertauliah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, program khas yang akan dijalankan selama enam bulan sehingga 31 Disember depan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia tersebut antara usaha untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar yang berlaku di institut memandu.

“Pengusaha institut memandu memberi maklum balas bahawa terdapat ramai pemandu berpengalaman dan berhemah berpotensi menjadi pelatih yang baik, tetapi tidak mendapat peluang kerana kekurangan kelayakan SPM.

“Selepas penelitian terperinci, sukacita saya umumkan satu program khas akan diadakan untuk memberi pengecualian kepada pemohon-pemohon yang tidak memiliki SPM untuk mengikuti kursus SPIM dan menjadi pengajar bertauliah bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia Ke-4 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, dianggarkan kira-kira 700,000 bakal pemandu mendaftarkan diri di 255 institut memandu di seluruh negara, namun jumlah tenaga pengajar dan pekerja di institut memandu hanya sekitar 15,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI