fbpx

Pesawat Korean Air turun mendadak 7,620 meter, 17 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah pesawat Korean Air. - Foto AFP/Getty Images

SEOUL – Juruterbang pesawat milik syarikat penerbangan Korean Air terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas selepas kapal terbang itu turun mendadak secara tiba-tiba ketika berada di udara, lapor laman berita Daily Express UK semalam.

Pesawat yang membawa 125 orang itu turun kira-kira 7,620 meter dengan tiba-tiba dalam hanya beberapa minit.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, Sabtu lalu dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung di Taiwan.

Namun, kira-kira 50 minit dalam penerbangan, pesawat Boeing 737 Max 8 itu turun dengan mendadak.

Data dari laman pengesan penerbangan, FlightRadar24 menunjukkan, dari ketinggian lebih 10,668 meter, ia turun kepada sekitar 2,438 meter dalam masa kurang dari 15 minit.

Ini mendorong topeng oksigen diaktifkan di dalam kabin pesawat.

Jurucakap Korean Air berkata, seramai 17 penumpang dirawat di kemudahan perubatan sebelum kesemua mereka dibenarkan pulang tanpa mengalami kecederaan parah. 

Kejadian itu sedang disiasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI