fbpx

Permit Masuk Kenderaan: Kerajaan tidak akan buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-4 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di di Hotel Marriot, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan sesekali membuat pusingan U berhubung penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) membabitkan kenderaan asing dari Singapura bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, susulan pelaksanaan peraturan itu, kesemua kenderaan asing yang masuk harus mematuhi undang-undang jalan raya di negara ini.

“Mesejnya sangat jelas. Saya harap pemandu Singapura yang kerap masuk ke Malaysia, mereka perlu mengikut undang-undang dan peraturan kita, sama seperti kereta Malaysia yang masuk ke Singapura, kita patuhi undang-undang mereka.

“Mereka perlu akur kalau mereka masuk, kalau laju, kena bayar saman. Jadi sebaik sahaja pelaksanaan VEP, mana-mana kenderaan asing, jika mereka langgar undang-undang kita, maka mereka perlu membayar denda sebelum meninggalkan negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia Ke-4 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI