fbpx

Penjelasan penjualan saham MAHB jadi tumpuan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan mesyuarat di portal Parlimen, soalan tersebut diajukan kepada Perdana Menteri oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar).

Selain itu, Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Perdana Menteri menyatakan apakah strategi Kerajaan ekoran kejatuhan kedudukan Malaysia ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.

Pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pula, Manndzri Nasib (PN-Tenggara) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah bentuk bantuan yang
disediakan oleh Kementerian terhadap pembeli rumah yang berdepan dengan masalah “Projek Sakit”.

Sementara itu, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental sehingga kini, serta apakah tindakan susulan yang diambil untuk membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu beliau turut bertanya mengenai status penubuhan Institut Kesihatan Mental seperti yang
disyorkan dalam KSP RMKe-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI