fbpx

Pelakon veteran Kamal Bakar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Kamal Bakar

MELAKA – Pelakon veteran era 1970-an, Kamarulzaman Bakar, 62, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi kanser paru-paru tahap empat, awal pagi tadi.

Berita dukacita itu disahkan oleh anak bongsunya, Haiqal Kamarulzaman ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada pukul 1.10 pagi.

“Dimaklumkan ayah saya Kamal Bakar (Kamarulzaman) telah meninggal dunia..minta jasa baik semua..untuk doakan ayah saya,” katanya ringkas.

Allahyarham sebelum ini membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin.

Beliau juga merupakan kakitangan di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka.

Jenazah Kamarulzaman dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru selepas solat zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sarinah Shariff dan lima orang anak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI