fbpx

Misi Chang’e-6 kembali ke Bumi dengan sampel Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket Long March 5 yang membawa Chang'e-6 berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang, wilayah Hainan pada 3 Mei 2024. - AFP)

BEIJING – Sebuah modul kapal angkasa penjelajahan China yang membawa sampel dari  kawasan jauh di Bulan mendarat di Bumi hari ini.

Ia sekali gus menamatkan misi 53 hari yang kompleks dari segi teknikal, yang diisytiharkan sebagai pertama di dunia.

Modul pendaratan kapal angkasa Chang’e-6 mendarat di tapak yang telah ditetapkan di Inner Mongolia pada pukul 2:07 petang (waktu tempatan), demikian menurut Pentadbiran Angkasa Negara China.

Ia pulang dengan membawa sampel tanah dan batu dari sisi Bulan yang jauh menghadap Bumi.

Bahan tersebut dipercayai boleh membantu saintis memahami dengan lebih baik mengenai cara Bulan terbentuk dan cara ia berkembang dari semasa ke semasa.

Pentadbiran Angkasa Negara China berkata: “Modul itu berfungsi seperti biasa, menandakan misi penerokaan bulan Chang’e-6 berjaya sepenuhnya.”

Chang’e-6 berlepas dari pusat angkasa lepas di wilayah Hainan pada 3 Mei lalu.

Ia kemudian mendarat di Lembangan Kutub Selatan-Aitken yang besar di Bulan iaitu hampir sebulan kemudian.

Ia menggunakan gerudi dan lengan robot untuk mencedok sampel, merakam beberapa imej permukaan berbintik dan meletakkan bendera China di tanah berwarna kelabu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI