fbpx

LBS terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah Kepimpinan Lestari Dunia 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shany Lim, Ketua Kelestarian Kumpulan LBS (tengah), mewakili Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah dan Kepimpinan Lestari Dunia, daripada TYT Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (dua dari kiri), bersama Tan Sri Michael Yeoh (kiri), Presiden World Digital Chamber & KSI Strategic Institute for Asia Pacific (kiri).

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS atau Kumpulan), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah Kepimpinan Lestari Dunia 2024. 

Dalam satu majlis bersejarah yang diadakan hari ini di JEN Penang Georgetown by Shangri-La, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San telah menerima anugerah berprestij ini daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa Tan Sri Lim di dalam mengangkat konsep kelestarian di sektor hartanah.

Di bawah kepimpinan beliau yang penuh wawasan, LBS telah mencapai kemajuan yang ketara terhadap konsep kelestarian. 

Pada tahun 2016, Kumpulan telah menubuhkan Pasukan Kerja Kelestarian, menandakan permulaan penstrukturan terhadap konsep kelestarian. 

Pada tahun 2021 pula, LBS telah menerbitkan Laporan Kelestarian yang pertama dan membentuk Lembaga Jawatankuasa Kelestarian yang disertai oleh pasukan Kelestarian Kumpulan yang berdedikasi.

Inisiatif-inisiatif ini menekankan komitmen Syarikat untuk mengintegrasikan kelestarian ke dalam operasi syarikat dan tadbir urusnya.

Shany Lim, Ketua Kelestarian Kumpulan LBS, bersama piala dan sijil yang dianugerahkan kepada Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San semasa Sidang Kemuncak Hijau & Kelestarian Dunia 2024 yang diadakan di JEN Penang Georgetown by Shangri-La, Malaysia.

Pada tahun 2022, LBS telah diiktiraf dengan indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM, F4FBMS) dan telah menerima penarafan 3 bintang, yang menunjukkan komitmen dan pematuhan syarikat terhadap  piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang tinggi. 

Berdasarkan momentum ini pada tahun 2023, LBS turut membangunkan pelan Pelepasan Karbon Sifar Bersih yang komprehensif menjelang tahun 2050, menetapkan strategi dan sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang yang jelas. 

Dedikasi untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan amalan kelestarian ini terus diperakui apabila LBS  menerima ‘The Most Improved Performance Award’ di ‘The Edge Malaysia ESG Awards 2023’.

Menerusi usaha perintisnya pada tahun 2024, LBS Bina telah memperkenalkan mekanisme Harga Karbon Dalaman di peringkat Kumpulan dan menerbitkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta. 

Langkah ini mencerminkan komitmen LBS terhadap kewangan lestari dan meletakkan syarikat sebagai peneraju dalam mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam sektor hartanah. 

Pada tahun 2023, LBS telah mencapai kemajuan ekonomi, alam sekitar dan tadbir urus. 

Dari segi ekonomi, syarikat telah melancarkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta, yang menerima Penilaian Impak Bon ‘Emas’ oleh MARC dan penarafan kredit AA-IS. 

LBS juga merupakan pemaju hartanah pertama di Malaysia yang menerbitkan Sukuk Wakalah SRI Sosial ASEAN yang bernilai RM200 juta.

Dari segi alam sekitar, LBS Bina telah memasang panel solar di projek-projek hartanah utama Kumpulan, termasuk bumbung Ibu Pejabat LBS, galeri jualan di KITA @ Cybersouth, dan kilang konkrit pratuang IBS MGB, menunjukkan komitmen ketara terhadap tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan jejak karbonnya. 

Dari segi sosial dan kemasyarakatan, LBS Foundation telah memberi impak yang besar, membantu 421,795 penerima luar menerima manfaat dan telah menyumbang sebanyak RM1.68 juta kepada pelbagai inisiatif komuniti, mempamerkan dedikasi LBS terhadap tanggungjawab sosial dan pembangunan masyarakat. 

Dari segi tadbir urus, LBS telah menjadi pelopor, dengan membentuk 37.5 peratus daripada ahli Lembaga Pengarahnya merupakan wanita, yang menyerlahkan komitmen syarikat terhadap kepelbagaian jantina dan tadbir urus inklusif. 

Kepimpinan Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San telah memainkan peranan penting dalam mengemudi LBS untuk meraih pencapaian yang luar biasa ini. 

Penganugerahan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Hartanah dan Kepimpinan Lestari Dunia 2024 adalah pengiktirafan yang jelas kepada dedikasi beliau terhadap kelestarian dan sumbangan besar industri hartanah. – KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI