MESKI keretanya rosak teruk dilanggar seorang paparazzi, aktor Sunjay Dutt tetap tenang malah bertindak luar biasa apabila sudi menanggung kos membaiki kenderaan pengamal media terbabit.
Sikap murah hati Sunjay didedahkan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Varinder Chawla.
Menurutnya, dia secara tidak sengaja telah melanggar kenderaan pelbagai guna yang disewa produksi pelakon popular itu sehingga kemek.
Walaupun berlaku 15 tahun lalu, insiden mendebarkan itu masih segar dalam ingatannya berikutan sikap baik hati Sunjay.
Tidak marah, sebaliknya pelakon berkenaan dengan tenang memaklumkan akan menanggung kos baik pulih kedua-dua kenderaan.
Sehingga kini, jasa serta kebaikan Sunjay terhadapnya sentiasa dikenang sekali gus membuatkannya mengagumi pelakon berkenaan.