PETALING JAYA – Pesawat Malaysia Airlines MH780 terpaksa berpatah balik dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami isu tekanan selepas pesawat itu berlepas pada pukul 5.59 petang.
Malaysia Airlines berkata, juruterbang operasi telah memulakan penurunan kecemasan walaupun ketinggian kabin tidak melebihi dan topeng oksigen penumpang juga tidak digunakan.
Tambahnya lagi, pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan kecemasan kerana pesawat tersebut menghadapi masalah tekanan kabin di pesawat tersebut.
“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak tinggi dan topeng oksigen tidak digunakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat tersebut kembali stabil dan kembali ke KLIA pada pukul 8.18 malam. -KOSMO! ONLINE.