fbpx

Kantoi seludup 2,500 pokok bonsai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela ( tengah) menunjukkan antara pokok bonsai dirampas pihaknya. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Cubaan menyeludup 2,500 batang pokok bonsai bersama pokok hiasan plastik gagal selepas dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, baru-baru ini.

Rampasan bernilai RM200,000 dilakukan dalam sebuah kontena di Pelabuhan Utara pada 30 Mei lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, semakan mendapati pengimport telah membuat pengikraran palsu sebagai pokok landskap plastik melalui borang kastam 4 bagi mengelak dikesan pihak kastam.

Katanya, bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah pokok bonsai dipercayai tidak mempunyai permit import.

“Siasatan mendapati pokok-pokok bonsai itu berasal dari negara Asia Utara.

“Namun, usia pokok-pokok tersebut masih dalam siasatan dan mencecah ribuan ringgit sekiranya dijual bagi setiap satu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Tegas beliau, pokok bonsai adalah barangan larangan pengimportan kecuali mempunyai lesen import dibawah Butiran 29 (1), Bahagian 1, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan mengenai Import) 2023.

Dalam perkembangan berlainan, Norlela menjelaskan sebanyak 2,983 unit kipas bernilai RM40,100 berjaya dirampas pada 9 dan 13 Mei lalu.

Ujarnya, ini susulan penahanan dua buah kontena di Pelabuhan Utara yang menemukan kipas angin jenis berdiri dan pengudaraan yang tidak mempunyai sijil kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

Kesemua kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI