fbpx

Kami reda andai itu Hafiz Fauzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ FAUZAN (tiga dari kiri) bersama keluarganya ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri bulan April lalu.

BATU PAHAT – Andai rangka manusia yang ditemui berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau semalam adalah Hafiz Fauzan,16, kami reda dengan ketentuan Allah.

Abdul Halib Sugiman, 44, berkata, kawasan penemuan rangka dipercayai manusia merupakan salah satu laluan pencarian dilakukannya pada hari pertama kehilangan anak ke tiga daripada tujuh adik beradik itu.

Katanya, bukan sekali namun sepanjang tiga minggu kehilangan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) , Parit Raja Jalan Sri Bengkal adalah kawasan tumpuan utama pencarian.

“Memang selalu melalui jalan itu masa pencarian di kawasan Sri Bengkal, cuma tak terfikir nak cari di tempat penemuan rangka manusia itu, mungkin Allah belum izinkan.

“Seandainya itu memang Hafiz, kami sekeluarga redha dengan pemergiannya, dia anak yang baik dan selalu membanggakan keluarga dengan kejayaan dalam bidang yang diceburi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia/Kosmo hari ini.

Menurut Abdul Halib lagi, keluarganya juga akur dengan ketentuan Allah yang meminjamkan Hafiz Fauzan untuk kedua ibu bapanya meraih pahala sepanjang tempoh hayatnya bersama.

Ujarnya, melalui pengecaman motosikal serta dokumen memang milik Hafiz Fauzan yang dicari sejak kehilanganya pada 26 Mei lalu namun tetap menunggu keputusan ujian DNA untuk mengesahkan itu adalah dia.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan penemuan rangka dipercayai manusia di dalam semak di Jalan Yong Peng – Muar berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau di Batu Pahat.

Ujarnya, setakat ini, dokumen diri dan barang-barang dijumpai ditempat penemuan rangka manusia telah dicamkan oleh keluarga sebagai milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu.

“Pengesahan rasmi identiti rangka tulang yang dijumpai akan disahkan setelah laporan DNA (Asid Deoksiribonukleik) diperolehi Jabatan Kimia Malaysia,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI