PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lapan negeri malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk berlaku tertumpu di beberapa tempat melibatkan Pantai Barat, Melaka, Kuala Lumpur serta Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.
“Selain itu, cuaca buruk itu turut melanda Pantai Timur melibatkan beberapa tempat di Terengganu iaitu Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Jerantut, Kuantan dan Rompin di Pahang.
“Turut terkesan sama melibatkan Johor dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” ujarnya.
Sementara itu, di Malaysia Timur, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan tempat melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau) serta Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah.
Dalam pada itu, cuaca yang sama diramalkan akan melanda Sri Aman, Betong dan Sarikei (Pakan) di Sarawak yang akan berterusan sehingga 9 malam nanti. – KOSMO! ONLINE