PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan empat negeri pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk berlaku tertumpu di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Perak serta Tawau dan Sandakan di Sabah.
“Selain itu cuaca lembab dijangka melanda di beberapa daerah negeri Johor melibatkan Muar, Batu Pahat dan Pontian,” ujarnya.
Sementara itu, MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir berlaku di Johor serta beberapa tempat di kawasan pedalaman melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pada petang ini.
Dalam pada itu, di Malaysia Timur, hujan lebat turut berlaku melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan di Sabah.
“Di Sarawak, cuaca yang sama turut melanda kebanyakan kawasan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang menjelang petang nanti. – KOSMO! ONLINE.