PETALING JAYA- HSBC Malaysia dengan kerjasama Visa telah melancarkan Kad Kredit HSBC live+ yang merupakan kad kredit gaya hidup serba baharu pertama di Malaysia.
Kad kredit tersebut telah dirangka khas untuk menambah baik pengalaman gaya hidup pelanggan bertaraf antarabangsa dengan memberikan pulangan tunai sebagai ganjaran bagi perbelanjaan gaya hidup mereka untuk makanan, membeli-belah dan hiburan.
Menurut Ketua Perbankan Kekayaan dan Peribadi HSBC Malaysia, Linda Yip, makanan, tiga manfaat utama yang ditawarkan ini adalah bukti komitmen kami untuk memperkasakan pelanggan.
“Pemegang kad HSBC Live+ layak untuk mendapatkan pulangan tunai sehingga lapan peratus apabila mereka berbelanja dalam tiga kategori yang ditawarkan.
“Pemegang kad kredit ini juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam program menjamu selera komprehensif di Asia, dengan pilihan restoran yang lebih luas beserta ganjaran yang disediakan di dalam dan luar negara,” katanya pada majlis pelancaran kad kredit tersebut di sini hari ini.
Selain itu, kad tersebut juga menawarkan diskaun menarik sebanyak 15 peratus untuk lebih daripada 200 restoran terpilih di seluruh Malaysia dan luar negara.
Selain itu, HSBC juga sedang merancang untuk melancarkan kad ini di beberapa pasaran global pada tahun ini untuk memanfaatkan peluang yang wujud daripada kuasa membeli golong kelas pertengahan dan segmen mewah yang semakin meningkat di Asia Selatan dan Asia Tenggara. -KOSMO! ONLINE