fbpx

Haji DIY akan dibincang dalam post mortem ibadah haji musim 1445H/2024M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im bercakap kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

 

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia diberi kesedaran mencukupi sebelum menyertai ibadah haji secara sendirian atau DIY bagi mengelak sebarang isu keselamatan pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, aspek keselamatan haji DIY itu adalah antara perkara yang akan disentuh pada ‘post mortem’ ibadah haji musim 1445H/2024M nanti.

Beliau berkata, pihaknya mahu rakyat Malaysia ambil iktibar daripada insiden jemaah haji DIY dari beberapa negara termasuk Tunisia, Indonesia dan Mesir yang meninggal dunia di Tanah Suci akibat strok haba baru-baru ini.

“Kebanyakan kes kematian ini melibatkan jemaah yang memasuki Tanah Suci dengan visa umrah, tiada visa dan secara haram. Mereka ini paling ramai meninggal dunia akibat strok haba pada musim haji lalu.

“Secara dasarnya, kita (kerajaan) tidak boleh kawal haji DIY ini kerana ia di bawah kuasa kerajaan Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI