fbpx

F1: Verstappen mula tak senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menarik nafas lega kerana berjaya menjuarai GP Sepanyol meskipun diberikan tentangan sengit oleh Norris. - AFP

BARCELONA – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen dilihat bimbang dengan prestasi pasukan McLaren biarpun dia mencipta kemenangan pada Grand Prix (GP) Sepanyol lewat malam semalam.

Verstappen yang bermula di petak kedua tidak menunggu lama untuk kembali menguasai saingan di Litar Barcelona-Catalunya itu biarpun dipintas pelumba pasukan Mercedes, George Russell pada awal perlumbaan.

Pelumba berusia 26 tahun itu hanya memerlukan tiga pusingan untuk memintas Russell dan seterusnya mengekalkan kedudukan tersebut sehingga menjuarai perlumbaan.

Russell gagal menaiki podium apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan pemandu McLaren, Lando Norris bangkit meraih tempat kedua selepas ketinggalan dua saat di belakang Verstappen.

Walaupun telah melakar tujuh kemenangan musim ini, namun Verstappen masih bimbang dengan ancaman McLaren terutamanya Norris yang tampil sangat cemerlang musim ini.

“Saya fikir apa yang menjadi penentu perlumbaan di GP Sepanyol ini adalah sewaktu awal permulaan di mana saya kembali memimpin perlumbaan selepas pusingan ketiga.

“Saya rasa kami melakukan segala-galanya dengan baik, kami memandu dengan strategi agresif tetapi mujurlah ia berbaloi kerana akhirnya kami mencipta kemenangan di sini.

“Pada asasnya, Norris lebih pantas sedikit hari ini dan itu agak membimbangkan. Tetapi sebagai satu pasukan, kami beroperasi dengan sangat baik hari ini. kami menggunakan segala peluang yang ada dan perlu sentiasa menjadi yang terpantas,” katanya.

Selepas 10 pusingan perlumbaan, Verstappen mengumpul 219 mata, meninggalkan pesaing terdekatnya, Norris di kedudukan kedua (150 mata) dan pelumba Ferrari, Charles Leclerc di tangga ketiga (148 mata). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI