fbpx

Euro 2024: Sepanyol sah status selaku juara Kumpulan B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ferran Torres dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan selepas muncul wira Sepanyol pada aksi sebentar tadi.

DUSSELDORF – Pasukan Sepanyol mengesahkan status selaku juara Kumpulan B selepas meraih rekod bersih dengan menewaskan Albania 1-0 pada aksi terakhir di Stadium Merkur Spiel Arena sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, La Roja yang sudah mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati lebih awal merehatkan beberapa pemain utama Ketika bertemu pasukan di ranking ke-66 dunia itu.

Antara pemain yang diberi peluang kali ini seperti Joselu, Mikel Oyarzabal, Dani Olmo, Ferran Torres dan penjaga gol, David Raya.

Pasukan Sepanyol dilihat mudah mendominasi saingan pada awal permainan sebelum memecah kebuntuan hasil penyudah Torres pada minit ke-13 selepas menerima umpanan Olmo.

Tersentak dengan gol tersebut, Albania yang turun dengan misi wajib menang menggandakan asakan tetapi beberapa percubaan yang dilakukan berjaya ditepis oleh Raya yang cemerlang menjaga gawang Sepanyol kali ini.

Bersambung pada babak kedua, Raya sekali lagi muncul wira sepanyol apabila menafikan percubaan penyerang Albania, Armando Broja dan Kristjan Asllani.

Sepanyol turut memiliki peluang untuk menggandakan kelebihan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan Sepanyol berjaya mengutip sembilan mata pada aksi Kumpulan B manakala Albania kekal di kedudukan tercorot dengan satu mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI