fbpx

Euro 2024: Itali lolos ke pusingan 16 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain gantian, Mattia Zaccagni muncul wira Itali apabila menjaringkan gol cantik pada masa kecederaan sekali gus mengesahkan kemaraan Itali.

LEIPZIG – Juara bertahan, Itali mempamerkan semangat juang tinggi untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu Croatia pada aksi Kumpulan B saingan Euro 2024 sebentar tadi.

Pada aksi i Stadium Red Bull Arena itu, pasukan Croatia kendalian Zlatko Dalic membariskan pemain terbaik dalam kesebelasan Utama seperti Luka Modric, Mario Pasalic, Andrej Kramaric dan Mateo Kovacic.

Pasukan The Azzurri yang dibimbing oleh Luciano Spalletti turut mepertaruhkan taktikal ampuh dengan jentera serangan terdiri daripada Giacomo Raspadori, Mateo Retegui dan Lorenzo Pellegrini.

Peluang terbaik pada babak pertama hadir menerusi tandukan pertahanan Itali, Alessandro Bastoni pada minit ke-28 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Bersambung pada separuh masa kedua, Croatia yang berdepan misi wajib menang menggandakan asakan sehingga dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-54.

Bagaimanapun, penjaga gol itali, Gianluigi Donnarumma tampil cemerlang menepis sepakan penalti yang diambil oleh kapten Croatia, Luka Modric.

Namun, Modric menebus kekecewaan tersebut apabila menjaringkan gol pembukaan berselang seminit kemudian selepas memanfaatkan kesilapan Donnarumma.

Ketika Croatia seperti sudah diambang kemenangan, pemain gentian Itali, Mattia Zaccagni muncul wira Itali apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan selepas menerima hantaran Riccardo Calafiori.

Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dengan Itali muncul naib juara Kumpulan A selepas mengutip empat mata manakala Croatia menghitung nasib di kedudukan ketiga dengan dua mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI