fbpx

Empat penjawat awam disyaki minta rasuah RM4,000 dicekup SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama tujuh hari selepas SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi. - Foto IHSAN SPRM

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan empat penjawat awam selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,000 daripada dua syarikat.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan sebagai balasan mendapatkan tawaran kerja perkhidmatan pembekalan di sebuah jabatan kerajaan di negeri tersebut.

Menurut sumber, dua lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40-an itu ditahan pada pukul 3 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Susulan penahanan itu, Majistret Syed Farid Syed Ali mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 1 Julai ini terhadap empat suspek selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

“Kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2023 hingga 2024 dan siasatan awal mendapati mereka meminta dan menerima wang tersebut daripada syarikat yang berbeza.

“Siasatan mendapati wang rasuah itu diterima secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI