fbpx

Don Daniyal disiasat JAIS perlu beri kenyataan bertulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Don Daniyal

SHAH ALAM – Penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal Biyayid disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Negeri Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan-pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil yang sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Seksyen 7 merujuk kepada mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI