fbpx

Dewan Rakyat: Lewat laksana penyasaran subsidi punca jatuh dalam Indeks Saingan Dunia 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Irahim memaklumkan kelewatan melaksanakan penyasaran subsidi menjadi antara punca kejatuhan negara dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.

Beliau berkata, laporan Indeks Daya Saing Dunia 2024 bagaimanapun masih mengekalkan Malaysia sebagai negara dengan ekomoni stabil.

“Katanya kita tidak tegas dalam soal perbelanjaan, dalam keadaan perbelanjaan kita itu telah meningkat dan kita masih belum luluskan beberapa peruntukan tambahan.

“Oleh kerana keadaan ekonomi begitu dan memikirkan kepentingan rakyat, maka terpaksa kita berikan dan ini menyebabkan prestasi kita melemah dan ini dikaitkan dengan kelewatan kita melaksanakan penyasaran subsidi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah strategi Kerajaan ekoran kejatuhan kedudukan Malaysia ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Langkah lebih tegas akan diambil bagi memperbaiki prestasi negara dalam kedudukan tersebut.

“Tetapi saya mahu tekankan menurut laporan IMD ini kedudukan Malaysia bagi sub-sektor prestasi ekonomi, Malaysia berada di nombor lapan, masih tidak membimbangkan. Tetapi bila diperinci memang membimbangkan, kerana lihat keadaan ringgit dahulu dan belanja untuk subsidi yang bertambah.

“Tetapi, saya percaya jika ambil langkah ini dengan tegas, dia boleh melonjak. Mengikut unjuran kita, kalau berdasarkan prestasi suku tahun pertama 2024 kita akan dapat jauh lebih baik daripada laporan sebelumnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI