fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan tidak pilih kasih beri peluang rakyat ikuti TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu terbukti apabila kerajaan membuka peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum di negara ini untuk menjalani latihan berkaitan TVET di China.

“Kerajaan mendapat sebanyak 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke China dengan biasiswa sepenuhnya. Kerajaan atau organisasi hanya perlu bayar tiket penerbangan sahaja.

“Dengan tawaran begitu, saya telah membuka peluang ini, tempat untuk pelajar keturunan Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan daripada negara China,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kuota pertama ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan, sebanyak 98.5 peratus pelajar TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berjaya memperoleh pekerjaan.

“Tetapi, tidak bermakna baki 1.5 peratus daripada pelajar itu tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu diploma, ijazah dan juga sarjana.

“Kita harus lihat kursus yang ditawarkan itu mesti bersesuaian dengan permintaan kepada pasaran guna tenaga. Kita mahu kursus ditawarkan itu adalah kursus yang ditentukan keperluannya oleh penggiat industri agar mereka ini terus dapat bekerja di syarikat berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI