fbpx

Depot tahanan, kuarters Jawi siap 28 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika tinjauan beliau ke Tapak Projek Depoh Tahanan dan Kuarters Imigresen Jawi, hari ini. Gambar/Siti Nur Mas Errah Amran/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Projek pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuaters Jawi yang bernilai RM77.5 juta bakal siap sepenuhnya pada 28 Julai depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek terbabit merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Rolling Plan Pertama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) milik Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

Katanya, projek berkeluasan enam hektar yang bermula 27 Mei 2019 itu tertangguh sebanyak tiga kali susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19.

“Turut termasuk dalam skop projek ialah pembinaan rumah pam dan tangki sedut selain penyediaan jajaran retikulasi air sepanjang 2 kilometer ke projek depot bagi mengatasi isu tekanan air rendah di kawasan Jawi yang menjejaskan bekalan air di kawasan penjara dan Taman Widuri.

“Projek ini menelan kos RM5.78 juta, juga melalui tender terbuka dengan jumlah keseluruan bagi kedua-dua projek adalah RM83.28 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak projek terbabit di Jawi, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI