fbpx

Buruh edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aduka dipenjara 30 tahun, 12 sebatan kerana mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Padah mengedar dadah jenis methamphetamine pada tiga tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati tertuduh, Mohd. Aduka Muhamad, 40, bersalah pada akhir kes pembelaan.

Beliau memutuskan demikian selepas mendapati selepas pihak pembelaan gagal menyangkal kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan.

Mohd. Aduka diwakili peguam, Mazlan Md. Zain manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd. Khairuddin Idris.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Aduka didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 366.93 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi jalan Pulau Kerengga, Marang pada pukul 9 malam, 4 Mei 2021.

Mohd. Aduka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 12 kali sekiranya tidak dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan iaitu 4 Mei 2021. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI