fbpx

Bulatan hitam misteri muncul di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BULATAN asap hitam seperti cincin muncul di langit Yulin.- Metro UK

BEIJING – Satu bulatan asap berbentuk cincin muncul di langit bandar Yulin, utara China dengan punca pembentukannya masih menjadi misteri, lapor akhbar Metro UK semalam.

Rakaman video dan gambar fenomena yang dirakam dari pelbagai sudut menunjukkan asap hitam itu berlegar-legar di langit Yulin, wilayah Shaanxi pada minggu lalu.

Ia mungkin disebabkan oleh zarah terapung tetapi gagal hilang dengan cepat.

Formasi tersebut pernah muncul di beberapa lokasi di dunia, namun menjadi tular disebabkan kegagalan mana-mana pihak untuk menentukan punca ia terjadi dengan tepat.

Pakar-pakar mencadangkan beberapa kemungkinan kejadian itu di Yulin, dan kebiasaannya berpunca daripada dua sebab utama.

Pertama adalah disebabkan oleh pembakaran dari sumber berdekatan seperti kilang atau pembentukan semula jadi yang berlegar-legar di udara kerana perbezaan tekanan.

Serangga halus berkemungkinan menjadi sebab kedua yang utama kerana ia diketahui sering berkumpul dengan banyak untuk mengawan.

Namun, kejadian di Yulin itu menjadi subjek perbincangan netizen mengenai spekulasi pembentukannya di laman sosial China.

Seorang pengguna yang mendakwa menyaksikannya berkata, bulatan itu bergerak ke langit secara perlahan-lahan serta terdapat beberapa bulatan cincin lain di tempat berbeza pada masa tersebut.

Beberapa pengulas pula menyatakan bahawa bunga api atau pelepasan asap kilang sebagai punca ia terjadi walaupun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI