fbpx

AUG 2024: Misi buru 35 emas bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UPACARA perasmian AUG 2024 yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan cabaran Malaysia pada temasya itu sudah bermula. - KPT

SURABAYA – Temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 membuka gelanggang secara rasmi dalam upacara perasmian gilang-gemilang di Pusat Sukan Universitas Negeri Surabaya (Unesa), di sini hari ini.

Penganjuran sukan universiti rantau Asia Tenggara yang memasuki edisi ke-21 melibatkan 11 negara itu menawarkan 258 pingat menerusi 21 jenis sukan yang dipertandingkan.

Atlet renang negara, Bryan Leong yang merupakan penuntut King’s College, London mengetuai perarakan masuk kontinjen negara bersama ketua kontinjen (CDM), Suhairi Ismail.

Majlis perasmian yang disempurnakan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Ario Bimo Nandito Ariotedjo itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan yang melambangkan keunikan Surabaya.

Kali ini kontinjen Malaysia mempertaruhkan seramai 262 atlet bagi mencapai sasaran 35 pingat emas yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sasaran ditetapkan itu sama seperti edisi dua tahun lalu yang berlangsung di Ubon Ratchathani, Thailand di mana Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara dengan 49 pingat emas, 83 perak dan 50 gangsa.

Peluang kontinjen negara untuk mengulangi pencapaian itu dilihat cerah berdasarkan senarai atlet yang dibawa, terutamanya dengan kehadiran pemegang rekod 100 meter (m) lelaki kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI